View: 476|Reply: 1
|
[Kedah]
Pemancing, nelayan bot kecil disaran elak turun ke laut
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 28-2-2022 05:37 PM
ALOR SETAR: Kumpulan pemancing atau nelayan bot kecil di kawasan utara yang berhasrat untuk turun ke laut hari ini, dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian berikutan ribut petir dijangka berlaku sehingga petang ini.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) METMalaysia meramalkan akan berlaku ribut petir di beberapa tempat di perairan Selat Melaka utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) untuk sepanjang hari ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca buruk boleh mengundang bahaya dan sekiranya ada bot kecil atau pemancing yang sudah keluar ke laut, mereka dinasihatkan supaya mencari tempat berlindung dengan segera.
"Kalau nampak perubahan cuaca berubah, segeralah berlindung di tempat yang selamat, jika belum turun, tak payah keluar ke laut hari ini.
"Berkemungkinan esok dijangka ribut petir dan hujan akan berlaku di satu dua tempat di perairan Kedah dan Perlis tetapi tidak lebat seperti yang dijangka hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung 18 individu termasuk kru bot dan 14 pemancing yang berjaya diselamatkan selepas bot mereka karam di Pulau Beras Basah, Langkawi, semalam.
Muhammad Khalil berkata, perubahan cuaca ini disebabkan luruan monsun dari Laut China Selatan yang memasuki negara ini dan melepasi Banjaran Titiwangsa sehingga sampai ke sini.
Beliau berkata, biasanya ia sampai ke Pantai Timur saja namun disebabkan ianya kuat dan mampu melepasi Banjaran Titiwangsa dan sampai ke Kedah dan Perlis.
Dalam kejadian 2 petang itu, bot Empayar Mahsuri yang membawa 14 pemancing dan empat kru dilaporkan bocor sebelum karam akibat dipukul ribut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 28-2-2022 05:38 PM
*
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|