CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

[Pulau Pinang] Culik untuk wang tebusan: 8 lelaki diarah bela diri

[Copy link]
Post time 1-3-2022 05:58 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Lima lelaki yang dituduh menculik seorang pengurup wang bagi mendapatkan tebusan sebanyak RM3 juta pada 2016, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap T. Shasitaran, 38; M. Ashokan, 39; Muhamad Sultan Ahmad Kabil, 43; Ong San Chia, 37, dan Yeoh Shyh Ming, 33.

Mereka dituduh melarikan secara salah dan menahan pengurup wang berumur 66 tahun, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta di tepi Jalan Rumbia berdekatan Kristal Garden, Bayan Lepas, kira-kira 10.30 pagi, 28 Sept 2016..

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohamed Jaafar, manakala Shasitaran diwakili peguam K. Thangesvaran, Ashokan diwakili peguam Anthony Chew, Muhamad Sultan diwakili peguam Dev Chander manakala Ong dan Yeoh kedua-duanya diwakili peguam Ravi Chandran dan Benjamin Tan.

Bagaimanapun, tarikh perbicaraan untuk pembelaan diri akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Akhtar memerintahkan tiga lelaki yang dituduh menculik seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun pada 2016 supaya membela diri setelah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Tertuduh, Quaik Yong Lai, 40; Goh Jit Ee, 42; dan Heng Tian Chuan, 40, dituduh melarikan dan mengurung kanak-kanak lelaki itu secara tidak sah dengan niat mendapatkan wang tebusan RM1.7 juta.

Mereka didakwa melakukan perbuatan di hadapan Pusat Tuisyen Muzik di Taman Jernih, Bukit Mertajam pada 3.50 petang 29 Jun, 2016.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, manakala Quaik dan Heng diwakili peguam RSN Rayer, S. Meharaj, S. Shathish dan T Turuvandran, manakala Goh diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran, Teh See Khoon dan Yaw Xinying.

Kesemua tertuduh dalam kedua-dua kes tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan jika sabit kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.259085 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list