View: 489|Reply: 0
|
[Sarawak]
Akibat melakukan amang seksual, remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 14-3-2022 05:34 PM
KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney di Penjara Puncak Borneo selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki, tiga tahun lalu.

Hakim Jason Juga menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 17 tahun selepas didapati bersalah di akhir kes pembelaan dan pendengaran laporan akhlak.
Tertuduh turut diarah diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas selesai menjalani hukuman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa meletakkan kemaluannya atas dubur kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
Dia melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah beralamatkan Jalan Kampung Hilir, Serian sekitar tahun 2019.
Pendakwaan kes mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh diwakili seorang peguam.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|