CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

[Pahang] Pendaki Gunung Tahan meninggal dunia selepas cirit-birit, hilang tenaga

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT dibawa turun menggunakan helikopter PDRM. FOTO ihsan polis

Lipis: Hasrat seorang peniaga untuk menamatkan ekspedisi mendaki Gunung Tahan tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak di Kem Kor kira-kira 13 kilometer dari lokasi penamat Kuala Juram, Merapoh, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia pada 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah manakala mengalami cirit-birit selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, anggota Balai Polis Merapoh menerima maklumat daripada Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai kejadian pendaki kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.

"Kumpulan pendaki itu terdiri daripada 12 orang yang dipandu arah oleh dua malim gunung. Ketika itu mereka dalam perjalanan turun ke Kuala Juram daripada puncak Tahan.

"Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka tiba di Kuala Juram pada hari ini. Semasa dalam perjalanan turun kira-kira 13 kilometer dari Kuala Juram, mangsa hilang tenaga dan lemah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata, malim gunung melaporkan keadaan mangsa mengalami cirit-birit selama dua hari dan tidak makan sehingga dia amat lemah.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis memohon bantuan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menyelamat dan membawa turun mangsa.

"Operasi menyelamat dan membawa turun mangsa membabitkan seramai tiga pegawai, sembilan anggota polis, bomba, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta dua malim gunung.

"Jenazah dibawa dengan helikopter dan mendarat di padang Dataran Residen, bandar Kuala Lipis dan dibawa ke Hospital Lipis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 02:49 PM | Show all posts
adakah.....................?

btw takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.152744 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list