|
ANTARA barangan dirampas polis. FOTO ihsan Polis
Bentong: Seorang tauke ketum yangmenjadikan belakang kedai sebagai tempat memproses air ketum ditahan polis di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki terbabit dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini denganmenyewa rumah kedai sejak Disember tahun lalu.
"Suspek menyewa belakang kedai tersebut hanya untuk kegiatan memasak dan membungkus air ketum serta menjual air ketum ini kepada kenalan terdekat sahaja.
"Hasil saringan ujian air kencing ke atas suspekdidapat negatif dan suspek ditahan remanselama empathari mulai 18 Mac 2022 sehingga 21 Mac 2022 untuksiasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.
Katanya antara barang yang dirampas termasuk daun ketum 46.5 kg bernilai RM 2,325.00, 109 bungkusan cecair anggaran 136.25 liter bernilai RM1,090.00, dua tong ais dan sebuah penimbang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|