CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kelantan] Pakar kementerian dipelawa bantu urus pelancongan hutan Kelantan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad (dua dari kanan) melihat harimau belang jantan yang diawet dan dipamerkan sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 di Taman Eko Rimba Bukit Bakar di Machang, pada Isnin. Foto Sinar Harian

MACHANG - Kerajaan Kelantan mengalu-alukan kepakaran daripada pihak kementerian di negara ini bagi membantu menguruskan eko pelancongan dan biodiversiti hutan lebih lestari di negeri tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan diperlukan termasuk dari segi khidmat nasihat dan teknikal terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk pelancongan hutan ke arah pemeliharaan dan kestabilan alam sekitar.

"Kepakaran itu penting sejajar dengan matlamat kerajaan negeri meningkatkan hasil serta perkhidmatan hutan menerusi aktiviti perhutanan.

“Pelan Induk Pembangunan bagi Hutan Simpan Ulu Sat turut dibukukan bagi memberi panduan kepada Jabatan Perhutanan merancang pembangunan produk eko pelancongan merangkumi Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Taman Eko Rimba Jeram Linang dan Taman Eko Rimba Lata Tujuh.

“Kekuatan dan keindahan semula jadi hutan di kawasan ini berpotensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan baharu memandangkan lokasinya bersempadanan Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 di Taman Eko Rimba Bukit Bakar di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Saman dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Kata Ahmad, pengusaha yang berminat memajukan sektor pelancongan boleh memanfaatkan kesempatan dengan membangunkan hutan simpan melalui kebenaran Jabatan Perhutanan negeri.

“Menjadi hasrat kerajaan mewujudkan lebih banyak destinasi riadah yang mengetengahkan eko pelancongan sebagai salah satu penyumbang kepada hasil kerajaan negeri pada masa hadapan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan bertemakan Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan pokok cengal dipilih sebagai pokok rasmi.

“Sehingga kini, keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan adalah seluas 629,880.95 hektar atau 42 peratus daripada keluasan tanah negeri.

“Kerajaan negeri akan terus mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi untuk kesejahteraan hidup masyarakat sejagat,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngan-hutan-Kelantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.457720 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list