CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 1

[Terengganu] Lelaki rogol adik dipenjara 14 tahun, 30 sebatan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan merogol adiknya.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku salah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, Nooriah dalam penghakimannya berkata, tertuduh sebagai anak sulung sepatutnya menjadi contoh yang baik dan melindungi adik-adiknya.

"Kesalahan ini serius dan saya perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang supaya ia menjadi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi masyarakat di luar sana," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adiknya yang ketika itu berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah rumah di daerah ini, jam 11 malam pada Disember 2020.

Tertuduh mengulangi kesalahan sama pada Disember 2020 dan Januari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 08:35 PM | Show all posts
berat99
berat66
nateberok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.338651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list