View: 387|Reply: 0
|
[Sabah]
Shafie sokong kerusi parlimen Sabah, Sarawak ditambah
[Copy link]
|
|

TAWAU: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyokong cadangan jumlah kerusi parlimen Sabah dan Sarawak ditambah sekurangnya lebih 70 atau satu pertiga.
Katanya, perkara itu memang sudah temaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan sepatutnya ia dilaksanakan untuk keadilan kepada Sabah dan Sarawak.
“Pada hari ini, kalau dikira kerusi parlimen Sabah dan Sarawak kurang daripada satu pertiga iaitu hanya 56 sahaja daripada 222 kerusi.
“Mengikut jumlah kerusi satu pertiga, Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai lebih 70 kerusi dalam parlimen,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di sini hari ini.
Menurutnya, tambahan kerusi untuk Sabah dan Sarawak itu akan dapat memberi keseimbangan suara sekali gus hak yang sepatutnya didengari.
Mohd Shafie berkata, sokongan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 tidak berkaitan dengan ideologi politik tetapi sokongan berkenaan adalah untuk hak dan suara rakyat Malaysia dari Sabah serta Sarawak.
Sementara itu, beliau menjelaskan WARISAN akan melihat keperluan sama ada melaksanakan kerjasama pintar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
“Namun, kita kena juga akan melihat dari pelbagai aspek termasuk pimpinan parti itu ada integriti atau tidak.
“Kerjasama pintar itu juga selari dengan perjuangan WARISAN untuk mempertahan kepentingan Sabah,”katanya.
oleh
Hamzah Sanudin
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|