View: 316|Reply: 0
|
[Terengganu]
5,342 peniaga bazar Ramadan disaran guna plastik mudah urai
[Copy link]
|
|
AHMAD Samsuri Mokhtar (empat dari kiri) memegang beg boleh dikitar semula selepas merasmikan Kempen Tiada Beg Plastik dan Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
KUALA TERENGGANU: Kesemua 5,342 peniaga bazar Ramadan di 63 lokasi di seluruh Terengganu disaran menggunakan plastik mudah terurai atau biodegradasi bagi menyokong Fasa Kedua Kempen Tiada Beg Plastik peringkat negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, peralihan kepada bahan mesra alam itu mampu mengurangkan penggunaan plastik sekali gus meminimumkan risiko pencemaran alam sekitar.
Katanya, selain bazar Ramadan, inisiatif sama turut diperluas ke premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan pasar tani.
“Semua premis terlibat perlu menyediakan alternatif lain seperti menggantikan penggunaan beg plastik kepada beg beli belah atau memberikan penyedut minuman berdasarkan permintaan selain menggunakan penyedut minuman mesra alam,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Alias berkata, peniaga bazar boleh mengenakan caj pada harga berpatutan kepada pelanggan bagi penggunaan plastik mesra alam yang disediakan.
Di samping itu, beliau turut menyarankan pengunjung dan pembeli membawa beg atau bekas makanan sendiri bagi meminimumkan penggunaan beg plastik.
Pelaksanaan fasa pertama kempen tiada beg plastik dilakukan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula pada 2018 hingga 2021. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|