Kerja-kerja merungkai sebuah kapal lama yang tersadai sedang giat dilakukan oleh kontraktor swasta ketika tinjauan Bernama di Sungai Batang Salak berhampiran Jalan Akses FAC di Petra Jaya hari ini.
Sungai Batang Salak yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Tanah Lembap atau Wetlands yang meliputi kawasan seluas 170 kilometer persegi dan telah diwartakan pada 1992.
Kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pada 1993 yang berfungsi antara lain untuk memeriksa, mengkaji dan menentukan penggunaan serta menambah baik kebolehlayaran semua sungai di Sarawak untuk pengangkutan serta mencegah sampah sarap supaya sungai-sungai sentiasa bersih dan tidak dicemari oleh sampah, bahan buangan dan kotoran.