|


PULAU GAYA--Padah tunjuk lagak cara penyalahgunaan dadah di media sosial Facebook, seorang lelaki dan seorang wanita ditangkap di Kampung Pondo, Pulau Gaya di Sabah pada Ahad.
Menurut Jurucakap Polis Balai Polis Pulau Gaya menerusi akaun rasmi Facebook, atas maklumat daripada orang awam pada 20 Mac, satu video dan beberapa gambar yang telah dimuat naik melalui akaun Facebook menggunakan nama suspek ada memaparkan kegiatan penyalahgunaan dadah.
"Hasil daripada maklumat yang disampaikan kepada polis, tindakan serta serbuan di Kampung Pondo telah dilakukan oleh Anggota Task Force Balai Polis Pulau Gaya.
"Semasa melaksanakan serbuan telah berjaya membuat tangkapan terhadap dua suspek yang terlibat di dalam video serta gambar yang di muat naik," katanya.
Berikutan itu, tegasnya, kedua-dua suspek yang ditangkap telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.
"Kerjasama dari orang ramai dalam membasmi jenayah adalah sangat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) .
"Kami juga ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan laman sosial," ujarnya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|