CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu wujud jawatankuasa bantu lulus segera projek pelaburan

[Copy link]
Post time 23-3-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD SHAMSURI MOKHTAR


KUALA TERENGGANU: Terengganu mewujudkan jawatan kuasa laluan pantas bagi memastikan setiap projek pelaburan yang dijalankan di negeri ini dapat diluluskan dengan kadar segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan jawatan kuasa itu sekali gus dapat mengatasi isu kelewatan kelulusan yang lazimnya dialami rata-rata pelabur.

“Antara cabaran besar yang selalu dihadapi dalam kalangan pelabur adalah proses mendapatkan kelulusan di peringkat awal hingga kilang didirikan.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan mewujudkan jawatan kuasa fast track yang bertindak sebagai pemantau dan membantu dari segi mendapatkan kelulusan cepat daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sesuatu permohonan pelaburan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ir Saiful Azmi Suhaili (Pas-Kemasik) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan menawarkan beberapa insentif bagi menarik pelabur ke Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) di Kertih termasuk menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Katanya, antara insentif di sektor pembuatan itu ialah pengecualian cukai sebanyak 70 atau 100 peratus untuk satu atau 15 tahun bergantung kepada servis, industri atau produk.

Di samping itu, menurutnya, elaun cukai 100 peratus daripada nilai perbelanjaan modal turut ditawarkan untuk tempoh lima tahun serta pengecualian duti setem berkaitan pengambilalihan tanah dan pembangunan. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056981 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list