CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 1

[Sabah] Kerajaan ambil pendekatan terbaik tangani isu harga telur dan ayam

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:25 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat mengambil beberapa pendekatan bagi menangani isu kenaikan harga ayam dan telur ayam di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya berkata, isu harga ayam dan telur ayam di Sabah disebabkan oleh kenaikan kos input kepada penternak ayam.

Katanya, ia melibatkan kos makanan yang meliputi 70 peratus kos pengeluaran, selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti, dan kos ubat-ubatan.

Menurutnya, pendekatan pertama yang diambil membabitkan surat pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 digunakan sebagai pendekatan halus dalam tindakan pemantauan maklumat di bawah AKHAP 2011.

Sehubungan itu jelasnya, para peniaga ayam dan telur di peringkat borong dan runcit bersetuju mengurangkan margin keuntungan sejak 11 September 2021.

"Sebanyak 82 premis memberikan komitmen penurunan margin keuntungan dan ini sangat membantu pengguna dalam mendapat harga runcit yang munasabah.

"Pendekatan kedua, KPDNHEP membuat penetapan harga dan pengurangan harga dengan mewartakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) 2022 yang berkuatkuasa pada 7 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan dilanjutkan bermula 1 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 melibatkan barangan yang terlibat adalah ayam, telur ayam dan sayur- sayuran.

"Bagi terus mengawal harga ayam dan telur ayam, KPDNHEP menetapkan Penentuan Harga Maksimun Ayam dan Telur Ayam sejak 5 Februari 2022 dan akan berlanjutan sehingga 5 Jun 2022," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Justin Wong Yung (Bebas-Sri Tanjong) mengenai mekanisme yang akan diambil untuk menangani kenaikan harga ayam dan telur yang mendadak ketika ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Shahelmey berkata, jemaah menteri Persekutuan pada 9 Februari lepas juga bersetuju untuk memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak 60 sen sekilogram bagi ayam dan lima sen untuk semua jenis gred telur ayam.

Katanya, KPDNHEP juga mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan, khidmat nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam memahami dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan serta melaksanakan langkah kolaborasi bersama agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah untuk memastikan bekalan mencukupi dan ditawarkan pada harga yang munasabah.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 12:11 PM | Show all posts
Dalam kata terbaik menangani tu pun tetap la naik harga nya juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043088 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list