CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut dilanggar kereta di Mukah

[Copy link]
Post time 24-3-2022 12:01 AM | Show all posts |Read mode


MUKAH: Seorang lelaki  maut selepas dilanggar  sebuah kereta yang dipandu oleh warga emas pada Isnin di Jalan Mukah-Selangau.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, mangsa lelaki  berusia 47 tahun dikenali sebagai Stapa Kunsil, berasal dari Ulu Sikat, Mukah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

“Dalam kejadian sekitar 7.30 malam itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas dari arah Selangau ke Mukah secara tiba-tiba melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan,

Jelasnya lagi, pemandu terbabit  berusia 68 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Selangau.

Dia ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.


sarawakvoice.com/2022/03/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040972 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list