CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Sarawak] MTUC gesa Ordinan Buruh negeri dipinda agar selari dengan Akta Pekerjaan

[Copy link]
Post time 25-3-2022 11:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menuntut kerajaan negeri agar meminda Ordinan Buruh Sarawak (SLO) agar ia setanding dengan Akta Pekerjaan yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo (gambar) berkata, SLO yang berasingan daripada akta berkenaan telah menyebabkan pekerja di Sabah dan Sarawak ketinggalan daripada pelbagai faedah dan perlindungan.

"Walaupun kami gembira bahawa pekerja di Semenanjung Malaysia mendapat faedah yang lebih baik, namun amat kesal pekerja di Sabah dan Sarawak ketinggalan kerana Akta Pekerjaan tidak meliputi kedua-dua negeri ini.

"Kita mempunyai Ordinan Buruh tersendiri dan SLO sudah tidak terpakai kerana penambahbaikan sebelum ini kepada Akta Pekerjaan pada 14 tahun lalu iaitu 2008 masih belum diperbadankan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Lo, bahkan di bawah SLO tidak ada peruntukan untuk pencegahan gangguan seksual dan pekerja sambilan tetapi telah sedia ada dalam Akta Pekerjaan.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan empat akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata ia membabitkan Akta Paten (Pindaan) 2022, Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Petunjuk Geografi 2022.

"MTUC bebesar hati kerana Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Pekerjaan dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyatakan Rang Undang-Undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 yang dibentangkan pada Isnin lepas adalah meluaskan pemakaian Akta Kerja 1955 (Akta 265) ke atas semua pekerja tanpa mengira gaji," katanya.

Sebelum ini, Akta 265 hanya terpakai bagi kategori pekerja yang dinyatakan Jadual Pertama.

Ia melibatkan pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah serta pekerja tanpa mengira had gaji seperti buruh kasar, pekerja yang terlibat dalam operasi kenderaan berjentera dan pekerja yang menyelia pekerja buruh kasar serta pekerja domestik.

Pindaan susulan perlu dibuat kepada Jadual Pertama Akta 265, melalui suatu perintah selaras dengan kuasa Menteri Sumber Manusia di bawah Subseksyen 2(2) Akta 265, bagi membolehkan semua pekerja di negara ini mendapat faedah dan perlindungan minimum yang ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list