CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

[Kelantan] Jaringan alumni perkasakan keusahawanan UMK

[Copy link]
Post time 27-3-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Arham Abdullah

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewujudkan jaringan alumni usahawan yang kukuh bagi membantu memperkasakan agenda keusahawanan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof Ts Dr Arham Abdullah berkata, platform jaringan tersebut penting dalam perkongsian pengalaman dan peluang dalam bidang berkaitan keusahawanan.

“Pembabitan usahawan alumni bersama pihak universiti adalah penting untuk kelestarian keusahawanan di samping sokongan dari agensi-agensi yang berkaitan.

“Para penuntut dapat bertukar-tukar idea dan pandangan dan memanfaatkan peluang keusahawanan yang boleh diceburi menerusi jaringan ini,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Usahawan Alumni ke-2 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok di sini pada Sabtu.

Program anjuran Majlis Alumni Universiti Awan itu berlangsung dua hari bermula 26 dan 27 Mac ini.


Arham (dua dari kanan) ketika melawat pameran yang diadakan pada Konvensyen Usahawan Alumni ke-2 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Majlis Alumni Universiti Awam yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Kamarudin Kana.

Prof Ts Dr Arham berkata, sebagai universiti berteraskan keusahawanan, UMK juga mengalukan-alukan sebarang program berbentuk pendidikan keusahawanan.

“Penganjuran konvensyen usahawan alumni seumpama ini dapat mengetengahkan produk dan perkhidmatan usahawan kepada penuntut dan juga masyarakat umum selain memberi peluang kepada peserta untuk memperluaskan jaringan perniagaan yang sedia ada.

“Program akan memberi pendedahan besar kepada penuntut terus memilih profesion dan hala tuju usahawan sebagai kerjaya pilihan utama," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penganjuran Konvensyen Usahawan Alumni ini didokong kuat oleh Majlis Majlis Alumni Universiti Awan dan disokong sepenuhnya oleh Pusat Pengurusan Alumni setiap universiti awam di Malaysia.

“Penganjuran konvensyen dalam tempoh pandemik Covid-19 adalah suatu yang mencabar, namun dapat dijalankan dengan jayanya di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-keusahawanan-UMK
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.113066 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list