CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Kelantan] Polis pantau semua bazar Ramadan di Kelantan

[Copy link]
Post time 27-3-2022 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Shafien Mamat pada sidang media ketika hadir pada majlis Perasmian Balai Polis Kubang Kerian di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Polis akan membuat pemantauan di semua bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan di bazar Ramadan.

Katanya, pemantauan akan dibuat oleh pihak polis yang akan memakai pakaian seragam dan juga berpakaian biasa.

"Ia untuk memastikan semua yang ada di bazar Ramadan mengikut SOP termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal.

"Bagi bazar Ramadan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau PBT, kita sedia maklum dan meminta penganjur bazar individu supaya memberitahu pihak polis untuk membuat pemantauan.

"Kita minta orang ramai supaya mengelakkan berkunjung ke bazar Ramadan yang sesak bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan Kerjaya) Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Nurulhuda Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Shafien berkata, pemantauan polis ini seiiring dengan hasrat kerajaan bagi memastikan semua rakyat patuh kepada SOP.

"Apa yang penting kita hendak pastikan rakyat selamat dan dijauhi daripada Covid-19 serta dapat menjalani ibadah puasa dengan selamat," katanya.

Pada perkembangan yang lain, Shafien berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Logistik Bukit Aman memberi peruntukan sebanyak RM600,000 iaitu masing-masing RM300,000 untuk membaik pulih pagar keselamatan serta pejabat pertanyaan serta RM300,000 untuk baik pulih pejabat Unit Anjing Pengesan (K9) yang terletak di Balai Polis Kubang Kerian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046135 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list