CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

[Sarawak] KPDNHEP Bintulu catat rampasan bernilai RM693,238 tiga bulan pertama tahun ini

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Bintulu menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di salah sebuah premis di Bintulu.

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu mencatatkan nilai rampasan sejumlah RM693,238 melibatkan nilai kompaun RM38,850 setakat tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Cawangannya Nazari Hassan berkata semua kesalahan dilaporkan itu melibatkan 29 kes dari tempoh 1 Januari hingga 25 Mac ini dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Beliau berkata, secara keseluruhannya di Bahagian Bintulu termasuk Pekan Sebauh dan Tatau sebanyak 1,245 premis dibuat pemeriksaan oleh KPDNHEP bagi memastikan tidak berlaku kesalahan berkaitan perihal dagangan dan kepengunaan.

"Justeru, pasukan penguatkuasaan KPDNHEP terus menjalankan pemantauan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan bekalan barang kawalan mencukupi dan harga barangan keperluan pengguna dapat dikawal mengikut harga ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Bercakap mengenai pemeriksaan dijalankan di Pekan Sungai Asap pada Jumaat, Nazari berkata daripada 26 premis diperiksa, dua daripadanya dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, manakala empat kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, terdapat keluhan orang awam sekitar Pekan Sungai Asap bahawa barangan dijual dengan kadar harga lebih mahal daripada barangan dijual di Bintulu.

"Kes ini tidak dapat dinafikan kebenarannya dan kementerian mengambil maklum isu terbabit. Melalui pemeriksaan dan siasatan dijalankan, KPDNHEP mendapati kebanyakan barangan dijual di Pekan Sungai Asap diambil sendiri oleh peniaga melibatkan kos tambahan dari segi pengangkutan," jelas beliau.

Menurutnya, terdapat juga isu harga diesel dijual mahal dan setelah siasatan dijalankan ia merupakan bekalan diesel industri yang dijual pada harga industri.

Sehubungan itu, semua pihak diminta memberi kerjasama kepada KPDNHEP dengan menyalurkan sebarang aduan berkenaan bekalan dan harga barangan keperluan asas serta perdagangan tidak beretika.

"Sekiranya didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui portal [email protected], Call Centre 1800 886 800, e-mel kepada [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-88826245/6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) atau WhatsApp ke 019-2794317," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036966 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list