CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Sarawak] Guru rugi RM55,000 gara-gara skim pelaburan makanan kering tidak wujud

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang guru lelaki di sini mengalami kerugian berjumlah RM55,000 selepas terperdaya dengan ajakan rakan untuk menyertai skim pelaburan makanan kering yang tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Dr Collin Babat berkata, mangsa, 43, yang berminat dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan berlipat ganda itu mula berurusan dengan suspek pada 2018.

"Ajakan rakan akhirnya dipersetujui apabila mangsa membuat pembayaran pertama secara tunai berjumlah RM15,000 pada 10 Disember 2020 dan RM40,000 setahun kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, suspek mengeluarkan resit kepada mangsa untuk pembayaran itu.

Jelas Collin, mangsa menyerahkan wang berjumlah RM15,000 kepada suspek pada 10 Disember 2020, diikuti pembayaran kedua berjumlah RM40,000 pada 10 Disember 2021.
"Gelisah dan menunggu lebih tiga bulan selepas tidak mendapat sebarang keuntungan, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal," jelasnya.

Collin berkata, mangsa yang mula mengesyaki beliau ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada Jumaat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036340 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list