CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Kelantan] Penggunaan dron mampu perkasa sektor pertanian Kelantan

[Copy link]
Post time 29-3-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail

Kota Bharu: Sebanyak 100 unit dron digunakan untuk memperkasakan sektor pertanian di Kelantan selaras dengan Teknologi Evolusi Industri 4.0.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, dron berkenaan digunakan untuk menyembur racun serangga dan membaja.

Katanya, sebanyak 80 dron dikendalikan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), manakala dua unit sedang diusahakan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, satu dron besar milik kumpulan pertanian dan selebihnya petani.

"Kesemua dron yang digunakan oleh jabatan pertanian, pemilik dron, syarikat dan agensi untuk pertanian di negeri ini adalah yang terbaik.

"Kerajaan juga menganjurkan kursus pengendali dron kepada petani supaya mereka mempunyai lesen untuk mengendalikan sendiri dron.

"Kita berharap dapat memberikan lesen mengendalikan dron kepada petani," katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 Penggal Kelima, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas).

Tuan Mohd Saripudin berkata, aplikasi dron sangat membantu petani yang mengusahakan projek pertanian berskala besar.

Menurutnya, penggunaan dron dapat membantu petani dalam menjalankan aktiviti pertanian seperti pembajaan dan meracun, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga kerja, baja serta racun pada tanaman dan menjimatkan kos.

"Dalam usaha pendigitalan sektor pertanian, penternakan dan perikanan selaras perkembangan Teknologi Evolusi Industri 4.0, terdapat beberapa kaedah yang diamalkan dalam sektor ini iaitu pendigitalan Internet of Thing (IOT) yang membolehkan penyambungan peranti kepada rangkaian internet yang mampu mengawal suhu atau kelembapan, pH (Potential of Hydrogen), proses pembajaan dan meracun hanya dikawal melalui telefon pintar," katanya.

Katanya, kaedah Pendigitalan Geospatial Pertanian juga mampu mengenal pasti bentuk muka bumi, ciri tanah dan kecerunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list