CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Kelantan] Awas geng 'plastik hitam' di Kelantan!

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Hasnan (tiga dari kiri) bersama anggota penguat kuasa Jaheaik semasa sidang media sempena Ramadan, pada Isnin.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) akan memantau lebih 50 lokasi 'panas' di seluruh negeri ini yang sering menjadi tumpuan geng 'plastik hitam' melampiaskan nafsu mereka makan pada waktu siang hari ketika umat Islam lain sedang berpuasa.

Timbalan Pengarah Operasi Jaheaik, Dr Hasnan Ramli berkata, lokasi panas itu merangkumi premis-premis perniagaan, kilang kayu dan tempat tersorok yang menjadi pilihan golongan tidak berpuasa.

"Rondaan berkala oleh anggota penguat kuasa akan terus diperhebatkan dari masa ke masa untuk memastikan tiada pelanggaran dilakukan oleh umat Islam," katanya kepada pemberita semasa sidang media sempena Ramadan di sini, pada Isnin.

Menurutnya, rondaan tersebut akan bermula seawal jam 11 pagi di seluruh negeri untuk memantau aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu, sebanyak tiga kes melibatkan individu lelaki makan pada waktu siang pada bulan Ramadan telah direkodkan.

"Dua kes direkodkan di Kota Bharu dan satu di Pasir Puteh dan kesemua mereka sudah didenda," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasnan berkata, pindaan Enakmen Kanun Jenayah I 2019 yang telah diluluskan tahun lalu mengenakan hukum denda lebih tinggi berbanding sebelum ini.

"Mengikut Seksyen 10 tidak menghormati bulan Ramadan mana-mana orang yang pada waktu berpuasa memberi, menjual atau membekal kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu atau secara terbuka atau di tempat awam atau di mana-mana tempat didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.

"Jika disabitkan kesalahan pertama denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurutnya, bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -hitam-di-Kelantan!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046367 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list