CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 1

[Kelantan] Laporan audit: Skim Pawah Ternakan Lembu gagal kutip hasil

[Copy link]
Post time 30-3-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Perjanjian Skim Pawah Ternakan Lembu di bawah Perbelanjaan Pembangunan yang diuruskan Unit Pedaging Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK), di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), belum dapat diselesaikan, justeru menyebabkan hasil kerajaan berjumlah RM118,000 masih belum dikutip.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Kelantan Tahun 2020, JPVNK telah membelanjakan sejumlah RM1.18 juta bagi perolehan 449 ekor lembu jenis Kedah/Kelantan yang diagihkan kepada pemawah mengikut jajahan yang telah ditetapkan jabatan tersebut.

Laporan itu, yang dibentang di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, memaklumkan sehingga Mei 2021, masih ada pemawah yang belum menyelesaikan perjanjian dalam skim tersebut.

"Hanya 331 pemawah yang berjaya menyerahkan anak lembu atau menyelesaikan perjanjian tersebut. Baki sebanyak 118 pemawah atau 26.3 peratus masih belum menyerahkan anak lembu bagi menyelesaikan perjanjian tersebut.

"Perjanjian Skim Pawah Ternakan Lembu Tahun 2015 belum dapat diselesaikan menyebabkan anggaran hasil kerajaan berjumlah RM118,000 masih belum dikutip," menurut laporan itu.

LKAN menyebut, secara keseluruhan, berdasarkan skop audit dapat dirumuskan bahawa Skim Pawah Ternakan Lembu tidak dilaksanakan dengan teratur di JPVNK bagi mencapai objektifnya, khususnya melibatkan serahan anak lembu oleh pemawah kepada jabatan tersebut.

Menurut laporan itu, ini kerana terdapat kelemahan seperti terma perjanjian tidak menetapkan tempoh serahan anak lembu dan anak lembu yang telah dinilai oleh JPVNK masih belum dibayar oleh pemawah, selain pemantauan yang lemah oleh jabatan itu.

"Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada peraturan dan prosedur Skim Pawah Ternakan Lembu, JPVNK perlu mengambil tindakan seperti kajian semula terhadap surat perjanjian dengan memasukkan syarat tempoh sepatutnya anak lembu daripada lembu induk diserahkan kepada jabatan itu.

"Selain itu perlu diwujudkan sistem pemantauan secara bersepadu di JPVNK dan peringkat jajahan bagi memastikan pemantauan lebih berkesan," kata laporan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 11:51 AM | Show all posts
ko g je audit blk....kalo ader induk ko pikul naik lori...kn settle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list