CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Kelantan] AKSB kecualikan bayaran air tidak lebih RM30 sebulan sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 31-3-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran air kepada pengguna bil tidak melebihi RM30 sebulan, sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, ia membabitkan 146,660 pengguna dengan kos keseluruhan kira-kira RM3 juta.

"Sempena Ramadan, kerajaan negeri melihat perlu untuk pengguna yang menggunakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak lebih RM30 sebulan dikecualikan bayaran dalam tempoh sebulan.

"Ia membabitkan 146,660 akaun dengan kos keseluruhan RM3 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Mohd Syahbuddin Hashim mencadangkan kerajaan negeri memberi potongan bil air 50 peratus kepada pengguna yang mengalami masalah air di Kelantan.

Beliau berkata, potongan itu bagi meredakan kemarahan rakyat negeri ini yang terkesan dengan masalah air yang melanda sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang, terdapat kira-kira 3,000 keluarga termasuk 1,500 di Bandar Utama yang terkesan dengan masalah air sejak lebih setahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.126112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list