CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Terengganu] Selongkar cari bahan lusuh punca sampah berselerak

[Copy link]
Post time 31-3-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Aktiviti menyelongkar tong sampah bagi mencari bahan lusuh oleh individu termasuk warga asing menyebabkan kelewatan kerja pemunggahan sisa domestik itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata aktiviti penyelongkaran sampah juga menjadi punca utama sisa domestik itu berselerak sehingga menyebabkan berlakunya kelewatan urusan membersih dan mengangkut sampah.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk aktiviti mengangkut sampah oleh kontraktor adalah 15 minit bagi setiap tong sampah.

"Tetapi berlaku kelewatan kerja mengangkut sampah seperti ditetapkan berikutan sikap tidak bertanggungjawab penyelongkar sampah dan masyarakat apabila membuang sampah di luar tong disediakan.
Disyorkan Untuk Anda

    JKM selaras data, percepat salur bantuan tunai
    SWCorp Pahang puas hati kilang patuhi peraturan
    SWCorp Negeri Sembilan rekod 1,151 tan metrik sisa pepejal pascabanjir
    Tapak pelupusan sampah dalam sawah

"PBT boleh mengenakan tindakan ke atas penyelongkar sampah dan masyarakat yang membuang sampah di luar tong, tetapi kita lebih suka mengambil sikap menasihat sebelum bertindak," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, berdasarkan aduan penduduk, kegiatan menyelongkar sampah dipercayai dilakukan warga asing pada waktu maghrib dan subuh.

Katanya, warga asing yang terbabit dalam kegiatan menyelongkar tong sampah mencari bahan yang boleh dikitar semula dan dijual kepada syarikat.

Sementara itu, tinjauan selama tiga hari bagi mengesan kegiatan penyelongkaran sampah terdiri daripada warga asing sejak Isnin lalu berjaya menemui seorang warga asing sedang memunggah bahan buangan terpakai untuk dijual.

Warga asing yang sedang memasukkan bahan buang terpakai ke dalam guni untuk dijual mendakwa sudah mendapat kelulusan mengambil sampah dalam tong.

Bagaimanapun, warga asing berusia dalam lingkungan 40-an itu bergegas melarikan diri dengan motosikalnya selepas petugas pembersihan meminta menunjukkan surat kelulusan seperti didakwa.

Mengulas mengenai jumlah sampah susulan banjir luar biasa akhir bulan lalu, Dr Alias berkata, sebanyak 5,000 metrik tan sampah dan sisa buangan dipungut dan dilupuskan di daerah Hulu Terengganu dan Kemaman.

Katanya, dianggarkan sebanyak 2,830 tan metrik sampah diangkut Majlis Perbandaran Kemaman, dan 2,700 metrik tan lagi diuruskan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT).


Seorang individu dipercayai warga asing sedang memunggah sampah untuk mencari bahan lusuh untuk dijual. - Foto BAHAROM BAKAR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.254276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list