CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Kelantan] Tak sempat nak jual mercun, dah kena rampas

[Copy link]
Post time 31-3-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode

MERCUN dan kereta yang dirampas. FOTO Ihsan PGA

Tumpat: Tindakan sebuah kereta Proton Preve memecut sejauh enam kilometer secara tiba-tiba sebaik dihampiri pihak berkuasa membongkarkan kegiatan penyeludupan mercun dari Thailand

Kenderaan itu berjaya ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Kampung Tok Oh di sini jam 5.30 pagi, dan mercun dianggarkan bernilai RM7,200 dirampas.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam penugasan sempena Op Wawasan, anggotanya ternampak kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Meranti, Pasir Mas.

"Apabila dihampiri, pemandu kereta itu bertindak memecutkan kenderaannya dan dikejar sehingga kawasan Kampung Tok Oh, Chabang Empat di sini.

"Pemandunya bertindak memberhentikan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum kelibatnya gagal dikesan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azhari berkata, pemeriksaan dalam kereta itu menemui sebanyak 240 paket mercun bola yang dipercayai diseludup masuk daripada Thailand untuk pasaran sempena Aidilfitri.

Menurutnya, semua rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list