CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Pahang] Laluan LPT sering dinaiki air akan dinaik taraf

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode


KUANTAN: Laluan Lebuhraya Pantai Timur yang sering diniaki air terutama pada musim tengkujuh akan dinaik taraf bagi mengelak risiko banjir sehingga menjejaskan laluan terbabit berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini persetujuan sudah diberi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek berkenaan dengan antara laluan LPT terbabit adalah di Lanchang, Temerloh.

Berdasarkan perancangan, katanya pelaksanaan kerja menaik taraf laluan LPT terbabit dijangka bermula Julai depan.

"Kerja ini (naik taraf) perlu dilakukan dan diberi keutamaan. Oleh itu Kerajaan Pusat bersetuju untuk menaik taraf laluan LPT bermula Julai depan," katanya ketika Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang ingin mendapatkan pelan tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir masa pendek dan panjang.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, bagi tujuan jangka pendek pula, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang menerima peruntukan RM20.36 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja mengurangkan risiko banjir.

Katanya, peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk kerja pemuliharaan sungai serta menaik taraf kolam takungan banjir bagi mengurangkan risiko bencana alam itu di setiap daerah.

"JPS Pahang juga menerima peruntukan RM6.14 juta bagi melaksanakan 42 kerja kecemasan di luar jangka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... r-akan-dinaik-taraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067655 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list