CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Pahang] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO Tular

Kuantan: Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan membawa 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri berjaya ditahan polis selepas bertindak nekad meloloskan diri daripada sebuah sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang, di sini hari ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan suspek berusia 33 tahun yang memandu Nissan X-Trail itu menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan itu yang akhirnya berhenti selepas satu kilometer akibat tayar pancit.

"Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang bertugas.

"Polis melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran namun pemandu enggan berhenti menyebabkan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) terpaksa mengejarnya. Selepas kenderaan berhenti, suspek juga melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum berjaya ditangkap," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Ramli berkata, pemeriksaan lanjut menemukan 12 lelaki warga Myanmar menaiki kenderaan itu, selain seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai anak saudara kepada suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian pada 11 pagi itu, walaupun kenderaan suspek melanggar sebuah kenderaan semasa cuba melarikan diri.

Kenderaan itu dipercayai dari Kelantan menuju ke Petaling Jaya, Selangor.

Semua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang tugas polis serta Akta Imigresen 1959.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi berkenaan, Ramli berkata operasi membabitkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan serta Bukit Aman yang bermula dari 10 pagi itu menyaksikan 138 saman dikeluarkan, 14 motosikal disita serta tiga individu ditahan atas pelbagai kesalahan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aksa-lepas-tembakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059915 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list