CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Sabah] Penunggang Motosikal Maut Tersepit Di Bawah Hilux

[Copy link]
Post time 2-4-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Foto Ihsan BOMBA

KUDAT: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sikuati di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 petang tadi.

Katanya, 7 pegawai dan anggota dari BBP Kudat dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan Toyota Hilux. Seorang penunggang motosikal dilaporkan tersepit di bawah kenderaan toyota Hilux.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


sabahpost.net/2022/04/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list