CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Sabah] Sungai Bariawa dipercayai tercemar akibat tumpahan gam

[Copy link]
Post time 3-4-2022 07:59 AM | Show all posts |Read mode


TERCEMAR: Keadaan air sungai yang berwarna kemerahan dan berbuih akibat tumpahan gam.

KENINGAU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang aktiviti di Sungai Bariawa di sini disebabkan sungai terbabit dipercayai tercemar akibat tumpahan gam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kejadian disebabkan kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang terbabas kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Lori treler membawa muatan gam yang dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sook sebelum hilang kawalan semasa menuruni bukit lalu terbabas di tebing bukit menghampiri Jalan Bariawa.

“Kemalangan menyebabkan lori treler pecah dan berlaku tumpahan gam papan lapis  ke aliran sungai kecil di kampung terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata bertindak dengan kejadian, sepasukan Jabatan Kesihatan Keningau dan Polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan di lokasi.

“Pasukan siasatan sudah mengambil sampel air sungai untuk tujuan ujian dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai juga dinasihat agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di sungai yang dipercayai tercemar bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, beberapa rakaman berkenaan sungai itu ditularkan oleh penduduk kampung yang menunjukkan keadaan air sungai yang berbuih dan berwarna kemerahan.

Beberapa ekor ikan air tawar juga dilihat bergelimpangan di tepi sungai dipercayai akibat diracuni tumpahan gam itu.


utusanborneo.com.my/2022/04/02

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.125386 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list