CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 03/04/2022

[Copy link]
Post time 3-4-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Sabah rekod 167 kes baharu COVID-19
KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan harian di Sabah kembali berada di bawah paras angka 200 hari ini dengan 167 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan, terdapat tanda-tanda penstabilan dikebanyakan daerah dengan perubahan kes harian pada kadar yang lebih rendah serta terkawal.

"Kecuali beberapa daerah ‘volatile’ seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran yang sukar diramal, turun naik kes harian di daerah lain kini agak mudah diramal kerana sudah berada di tahap yang dianggap stabil.

"Daerah yang mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi di Sabah hari ini ialah Kota Kinabalu dengan 26 kes, 32 kes lebih rendah daripada sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia diikuti oleh Papar dengan 21 kes (+3), Penampang 17 kes (-1) dan Tuaran 14 kes (-2).

Katanya, seperti yang telah dinyatakan lebih awal, Kota Kinabalu antara daerah yang sukar untuk meramal pergerakan serta perubahan jumlah kes harian. Kes harian boleh bertukar secara mendadak.

"Ini mungkin kerana Kota Kinabalu merupakan ibu negeri yang pesat dengan penduduk serta pusat utama aktiviti ekonomi di Sabah.

"Diperhatikan bahawa daerah-daerah lain yang berada jauh dari pusat bandar besar dengan jumlah penduduk kecil merupakan daerah secara konsisten mencatatkan jumlah kes harian lebih rendah setiap hari, malah kadang-kadang tanpa mencatat sebarang kes baharu," katanya.

Menurutnya, peratusan jangkitan sporadik turun dibawah paras 50 peratus hari ini dengan 43.71 peratus.

Katanya, peratusan yang lebih rendah bermakna risiko jangkitan juga akan berkurangan dan jumlah kes baharu akan menurun.

"Tahap pematuhan yang tinggi ke atas semua SOP merupakan faktor utama kepada jumlah jangkitan harian yang lebih rendah.

"Adalah amat diharapkan ‘disiplin tinggi’ yang telah ditunjukkan oleh rakyat Sabah akan terus diamalkan walaupun negara kita kini berada dalam fasa peralihan ke fasa endemik.

"Kunci kejayaan kita menjadikan Sabah antara negeri yang mencatatkan kes harian yang terendah sejak kebelakangan ini ialah tahap pematuhan SOP yang tinggi dikalangan rakyat negeri ini," katanya.

Masidi berkata, seramai 158 orang daripada 167 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Seorang berada dalam Kategori 3, dan empat orang masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.


utusanborneo.com.my/2022/04/03

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list