CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Kelantan] 'Kami hanya dibenar tumpang jiran tiga hari saja'

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa kebakaran rumah di Kampung Masjid, Tumpat, Azwadi Ayob, 36, mengumpul sisa peralatan kimpalan miliknya yang hangus dalam kejadian malam tadi membabitkan lima rumah. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris

TUMPAT: "Kami diberi menumpang untuk tiga hari sahaja oleh jiran dan selepas itu entah ke mana ingin berlindung," kata mangsa kebakaran lima rumah di Kampung Masjid di sini, malam tadi.

Awatif Ahmad, 28, berkata mereka lima beranak masih trauma dengan tragedi yang dilalui menjelang beberapa minit untuk berbuka puasa malam tadi dan sekarang buntu memikirkan ke mana hala selepas ini.

Dia berkata, untuk mencari rumah sewa dalam masa terdekat, agak mustahil kerana banyak kekangan termasuk kewangan yang tidak mencukupi selain hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian pada hari pertama Ramadan.

"Bukan hanya perkakas rumah dan dokumen penting yang tidak dapat diselamatkan, seutas gelang dan sebentuk cincin emas serta sejumlah wang tunai yang disimpan dalam rumah turut hangus.

"Buat masa sekarang, kami menumpang di rumah jiran atas belas ihsan mereka dan diberi masa beberapa hari sahaja sebelum berpindah namun kami tiada tempat berteduh," katanya ditemui hari ini.

Dalam kejadian jam 7.10 malam tadi, lima rumah termasuk satu unit yang dijadikan bengkel memproses keropok hangus menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang lagi mangsa, Azwadi Ayob, 36, kerugian lebih RM5,000 apabila beberapa peralatan kimpalan yang menjadi sumber pendapatannya hangus.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, ketika kejadian malam tadi, dia berada di rumah neneknya di Kampung Baru Nelayan untuk berbuka puasa dan dihubungi jiran memaklumkan rumahnya sedang terbakar.

"Tiada apa yang dapat diselamatkan dan saya bukan sahaja kehilangan rumah tapi juga pekerjaan kerana semua peralatan serta mesin yang digunakan untuk kerja hangus.

"Buat masa sekarang saya, isteri dan anak menumpang di rumah nenek tapi agak tidak selesa kerana ramai ahli keluarga lain menetap di sana selain saiz rumah yang sempit tapi kami tiada pilihan," katanya dengan bergenang air mata.

Terdahulu semua mangsa menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Adanan Hassan yang menyampaikan sumbangan daripada Tabung Serambi Mekah berjumlah RM1,000 setiap keluarga.

Turut hadir ialah Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap keluarga serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tumpat yang menyampaikan bantuan kewangan serta barangan keperluan.
https://www.bharian.com.my/berit ... iran-tiga-hari-saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.164137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list