CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan tawar bantuan baik pulih beca secara percuma

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan negeri bersedia menawarkan bantuan baik pulih beca secara percuma kepada mereka yang ingin berkhidmat sebagai penarik beca.

KOTA BHARU - Perkhidmatan beca yang sinonim dengan identiti bandar raya ini diharap terus kekal sebagai antara kaedah pengangkutan selain menjadi tarikan produk pelancongan, kata Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Beliau berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri menggalakkan golongan belia untuk terlibat sebagai penarik beca sekali gus mengekalkan perkhidmatan pengangkutan tradisional tersebut.

"Kami mahu golongan muda terlibat kerana tidak mahu perkhidmatan kenderaan tradisional ini pupus di Kelantan.

"Golongan muda boleh membuat inovasi terhadap beca seperti menggunakan kuasa bateri pada kenderaan itu berbanding mengayuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Sara Hidup kepada 17 penarik beca berdaftar di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut Md Anizam berkata, bagi menggalakkan penyertaan golongan muda, kerajaan negeri bersedia menawarkan bantuan baik pulih beca secara percuma kepada mereka yang ingin berkhidmat sebagai penarik beca.

"Kita tidak menafikan, pekerjaan sebagai penarik beca adalah pilihan terakhir golongan belia di Kelantan, namun kita tidak mahu kenderaan lama ini pupus dan sekali gus mengorbankan satu daripada produk pelancongan negeri,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... beca-secara-percuma
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064329 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list