CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Terengganu] Empat kanak-kanak istiqamah solat Subuh berjemaah dapat basikal

[Copy link]
Post time 4-4-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Hanapiah (kiri) merakam kenangan bersama empat kanak-kanak yang mendapat hadiah utama basikal.

KUALA TERENGGANU - Empat kanak-kanak yang istiqamah menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid selama 30 hari berturut-turut mendapat ganjaran basikal.

Pengerusi Masjid Kampung Kebor Air, Manir, Mohd Hanapiah Abu Bakar berkata, kesemua kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun itu mendapat ganjaran utama yang ditawarkan bernilai RM400 setiap satu.

Menurutnya, kesemua kanak-kanak itu kini sudah sebati dengan ibadah solat Subuh secara berjemaah di masjid tersebut.

"Selaku penganjur program ini kita bersyukur kerana empat kanak-kanak ini berjaya menghabiskan cabaran istiqamah menunaikan solat Subuh berjemaah selama 30 hari dan kekal ke masjid untuk menunaikan ibadah itu sehingga ke hari ini.

"Kita yakin apabila anak-anak ini mula belajar tidak tinggal solat subuh, sudah tentu solat fardu yang lain juga akan terjaga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Hanapiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kebor Air berkata, pada peringkat awal cabaran itu disertai 70 peserta berusia tujuh tahun ke atas.


Sebahagian daripada 70 peserta berusia tujuh tahun ke atas yang turut diberikan hadiah kerana menyertai program bagi menggalakkan anak-anak menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

"Semua anak-anak ini begitu bersemangat untuk tunaikan solat Subuh namun hanya empat kanak-kanak ini sahaja antara peserta yang tidak pernah tinggal solat berjemaah walaupun sehari.

"Walaupun begitu, kita tetap berikan hadiah kepada semua peserta yang terlibat dalam majlis yang diadakan di masjid ini pada Jumaat lalu sebagai galakan kepada mereka untuk terus istiqamah dan tidak meninggalkan solat Subuh serta solat fardu yang lain," katanya.

Beliau berkata, pelbagai program juga dirangka pada Ramadan kali ini bagi menarik minat kanak-kanak di kampung itu untuk mendekatkan diri ke masjid.

"Antara program yang kita rangka ialah hadiah bagi kanak-kanak yang tidak tinggal solat sunat tarawih, pemberian wang saku kepada anak-anak istiqamah solat Subuh dan majlis berbuka puasa di masjid," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emaah-dapat-basikal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 1.029114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list