CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Terengganu] 'Cari anak di wad kecemasan, rupanya di bilik mayat'

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:34 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Luluh hati seorang bapa apabila anak yang disangka hanya terbabit dalam kemalangan biasa dan dirawat ke unit kecemasan adalah antara empat yang maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Lingai, Kuala Nerus, semalam.

Warga emas, Jusoh Abd Rahman, 78, adalah bapa kepada Mohammad Saufi , 34, yang maut bersama tiga lagi rakannya selepas van dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres jam 6.22 petang.

Menurut Jusoh, dia yang berada di rumah dimaklumkan anak kelima daripada lapan beradik terbabit dalam kemalangan ketika berbuka puasa. Menjadi kebiasaan anaknya berbuka puasa bersamanya, isteri dan dua adiknya di rumah mereka di Kampung Losong Haji Mat Shafie, di sini namun hingga jam 7 malam, arwah tidak sampai di rumah.

"Tunggu juga dia balik dan ingatkan dia ada kerja tetapi tiba-tiba dimaklumkan anak kemalangan sebelum anak bongsu hubungi anak kedua saya yang tinggal di Manir.

"Kami segera ke unit kecemasan namun pelik sebab nama anak tiada di situ sebelum ternampak trak polis yang bawa mayat dan dimaklumkan anak antara yang maut dalam kemalangan itu," katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi.

Sementara itu, Othman, 45, yang juga abang kepada Allahyarham Mohammad Saufi berkata, dia yang tinggal di Manir segera ke rumah keluarganya sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.

"Ketika itu, kami hanya dimaklumkan arwah kemalangan tetapi mula rasa tak sedap hati apabila nama adik tiada di unit kecemasan. Saya cuba hubungi kawan-kawan sekerja arwah tetapi tiada jawapan dan mula rasa tidak sedap hati sebelum kami ternampak kenderaan polis.

"Tidak lama kemudian, keluarga kepada rakan arwah minta pergi ke bilik mayat," katanya.


Kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengakibatkan empat maut dan dua cedera di Kampung Sungai Ikan, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu semalam.- Foto NSTP/Zaid Salim

https://www.bharian.com.my/berit ... anya-di-bilik-mayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.118793 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list