CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 03/04/2022

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-4-2022 09:23 PM





Kes COVID-19 menurun kepada 351

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan penurunan kepada 351 kes baharu direkodkan berbanding 596 kes pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan dengan penambahan 351 kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak ketika ini ialah 299,936.

Menurutnya daripada 351 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam 147 merupakan kategori klinikal satu (tiada gejala), 199 kategori klinikal dua (gejala ringan), tiga lagi kategori klinikal tiga (jangkitan paru-paru) dan dua kategori klinikal lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Kuching katanya, merekodkan jumlah kes baharu tertinggi semalam iaitu 117, diikuti Miri (50), Sibu (44), Bintulu (34), Sarikei (13), Limbang (13), Serian (10), Samarahan (10), Mukah (7) dan Lundu (6).

Daerah-daerah lain yang turut merekodkan kes baharu COVID-19 semalam ialah Sri Aman, Simunjan, Marudi, Kabong, Subis (masing-masing empat kes), Betong, Saratok, Dalat (masing-masing tiga kes), Kapit, Daro, Pusa, Belaga, Bau, Song (masing-masing dua kes), Pakan, Tanjung Manis, Lubok Antu, Tatau, Sebauh dan Beluru (masing-masing satu kes).

Manakala 10 lagi daerah iaitu Asajaya, Kanowit, Lawas, Tebedu, Julau, Matu, Meradong, Selangau, Telang Usan dan Bukit Mabong tidak merekodkan kes baharu semalam, jelas JPBNS.

Dalam kenyataan itu JPBNS juga memaklumkan tiga lagi kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negeri ini iaitu pada 2 April lalu melibatkan wanita berusia 65 tahun dari Kuching.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mempunyai ko-morbid darah tinggi, dislipidemia dan kanser.

Dalam perkembangan sama JPBNS berkata tiada kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak semalam menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini, tujuh.


utusanborneo.com.my/2022/04/03
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2022 05:10 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080178 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list