CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 04/04/2022

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:13 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 140 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,220 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 210 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 352,915 orang. Manakala 289 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 273 orang di hospital, 15 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu (1) orang di pusat tahanan sementara/penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 35 orang merangkumi 30 di ICU/repurposed kritikal care serta lima (5) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes, penyusutan sebanyak 27 kes berbanding semalam.

b. Secara keseluruhan kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat perubahan turun naik jumlah kes baharu setiap hari. Hari ini cuma empat (4) daerah yang mencatat kes baharu dua (2) angka, iaitu Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12). Sebanyak 17 daerah mencatatkan kes baharu satu (1) angka dimana 16 daripada daerahdaerah tersebut hanya merekodkan kes baharu antara satu (1) hingga lima (5) kes sahaja. Enam (6) daerah, Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

c. Peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55% setelah berada sekitar 43% semalam. Seperti yang diperingatkan sebelum ini, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi, khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai. Tempattempat awam yang perlu kita berhati hati ialah bazaar Ramadhan dan pusatpusat membeli belah. Ramai pengunjung akan berpusu-pusu ke tempat-tempat sesak ini untuk membeli belah. Patuhi semua SOP.

d. Sebanyak 135 kes atau 96.43% daripada 140 kes pada hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori 3. e. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041821 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list