CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

[Sabah] Beli haiwan dilindungi tetap salah, walau untuk diselamatkan

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode


DILINDUNGI: Tindakan membeli tenggiling biarpun untuk melindungi haiwan ini tetap menjadi satu kesalahan. Gambar ihsan Elisa Panjang

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang urus niaga melibatkan pembelian haiwan atau tumbuhan yang dilindungi sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, haiwan atau tumbuhan seperti tenggiling, tembadau atau orkid selipar disenaraikan dalam Jadual 1 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997.

Katanya, pihak yang membeli haiwan seperti tenggiling dengan niat untuk menyelamatkannya dari dibunuh menunjukkan kesedaran tinggi orang awam untuk melindungi haiwan terbabit.
Pada masa sama jelasnya, langkah berkenaan juga satu tindakan yang mulia.

"Bagaimanapun, pihak JHL menyeru agar tindakan sedemikian tidak dilakukan kerana ia akan lebih menggalakkan penjenayah hidupan liar untuk memburu dan menjual tenggiling secara haram.

"Membeli hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya juga adalah satu kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas laporan sebuah akhbar semalam berkaitan tindakan premis makanan di daerah ini yang membayar sejumlah RM200 untuk menyelamatkan tenggiling.

Beliau berkata, merujuk kepada Seksyen 48(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,  membeli haiwan atau tumbuhan yang dilindungi dibenarkan dengan syarat tertentu.

"Namun, seksyen ini tidak terpakai bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti tenggiling, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

"Sesiapa yang didapati bersalah menjual atau membeli tenggiling, boleh dihukum denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menghargai keprihatinan orang ramai yang sayang kepada hidupan liar. Tetapi, sebarang kejadian jenayah hidupan liar, hendaklah dilaporkan serta-merta.

Katanya, dengan cara itu sahaja aktiviti pemburuan haram dapat dibanteras khususnya di negeri ini.


utusanborneo.com.my/2022/04/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036987 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list