View: 296|Reply: 0
|
[Kelantan]
Empat Pati tak sempat pulang ke Thailand
[Copy link]
|
|
PEMANDU dan empat wanita ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. FOTO ihsan PGA7
Tanah Merah: Cubaan empat wanita pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Thailand membayar upah kepada tekong sebanyak RM1,700 seorang supaya membawa mereka pulang ke negara asal tidak kesampaian apabila ditahan pihak berkuasa di sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, pada jam 9.14 pagi anggota PGA7 dan PGA8 yang sedang bertugas menahan sebuah Proton Exora dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, anggota membuat pemeriksaan ke atas pemandu yang juga lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang membawa empat wanita dipercayai Pati warga Thailand berusia 29 sehingga 38 tahun.
"Pemeriksaan lanjut pada penumpang mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai cuba masuk ke negara asal melalui pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.
"Hasil siasatan, kesemua Pati itu dibawa dari Pulau Pinang dan Selangor. Mereka membayar wang yang agak tinggi kepada pemandu yang juga bertindak sebagai 'transporter'.
"Lelaki serta empat Pati berkenaan ditahan manakala kereta dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Azhari berkata, turut dirampas ialah enam telefon bimbit serta wang tunai bernilai RM4,643.
"Kesemua suspek turut menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan anggota serta pegawai.
"PGA terus mengetatkan kawalan di sempadan melalui Op Wawasan Kelantan terutama bagi mengekang kemasukan Pati melalui jalan sungai di sempadan Malaysia-Thailand," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pulang-ke-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|