Edited by Vellfire at 8-4-2022 05:30 PM


415 kes COVID-19 baharu di Sarawak
KUCHING: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak kekal tiga angka dengan 415 kes baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 301,085.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada 415 kes direkodkan hari ini, 108 adalah dari kategori satu (tiada gejala), sementara 299 kes dilaporkan dari kategori dua (gejala ringan).
Tambahnya juga, empat kes terdiri dari kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan masing-masing dua kes adalah dari kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan kes kategori lima (jangkitan paru-paru serta memerlukan ventilator).
JPBNS juga memaklumkan Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 131 kes, diikuti Miri (76), Bintulu (47), Sibu (46), Serian (20), Tebedu (12), Samarahan (10) dan Sarikei (10).
Tambahnya, Sri Aman dan Kanowit masing-masing merekodkan tujuh (7) kes manakala Bau, Betong dan Tatau merekodkan enam (6) kes, sementara Pusa (5), Dalat (4), Mukah (3) dan Simunjan (3).
Selain itu, daerah Limbang, Saratok, Lubok Antu, Kabong, Meradong dan Matu masing-masing merekodkan dua kes manakala satu kes masing-masing dilaporkan di Lundu, Lawas, Julau dan Sebauh.
Tiada kes dilaporkan di Daro, Telang Usan, Kapit, Beluru, Tanjung Manis, Marudi, Asajaya, Subis, Selangau, Pakan, Belaga, Song dan Bukit Mabong.
Berhubung kes kematian, JPBNS memaklumkan tiada kes kematian direkodkan di Sarawak.
Begitu juga dengan kluster, tiada kluster baharu diisytiharkan dan dengan itu Sarawak kekal merekodkan enam kluster aktif.
Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan empat kompaun kesemuanya di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi Mysejahtera.
Ini katanya, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak setakat ini sejumlah 13,780.
utusanborneo.com.my/2022/04/06
|