CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 07/04/2022

[Copy link]
Post time 8-4-2022 11:59 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 176 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,782 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Sandakan. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 165 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 353,463 orang. Manakala 290 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 273 orang di hospital, 16 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 25 orang merangkumi 23 di ICU/repurposed kritikal care serta dua (2) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah jangkitan baharu hari ini tidak banyak berubah daripada jumlah semalam. Sabah mencatatkan kes baharu sebanyak 176, iaitu 12 kes lebih rendah daripada sebelumnya.

b. Pergerakan turun naik kes baharu di hampir semua daerah adalah pada jumlah yang kecil. Kecuali Tuaran, daerah-daerah yang berdekatan dengan ibu negeri mencatat pertambahan kes baharu yang marginal. Kota Kinabalu 40 (+10), Penampang 27 (+4), Papar 13 (+4), Putatan 12 (+1) dan Tuaran 10 (-4).

c. Lima (5) daerah mencatat kes baharu dua (2) angka dan 20 daerah merekodkan kes jangkitan baharu di antara satu (1) hingga tujuh (7) kes. Daripada 20 daerah tersebut, jumlah jangkitan baharu di 14 daerah adalah kurang daripada lima (5) kes. Tidak ada kes baharu di Kunak dan Kalabakan.

d. Jumlah jangkitan baharu yang semakin rendah dan terkawal sedikit sebanyak disebabkan oleh peratusan jumlah penduduk yang telah melengkapkan pengambilan vaksin semakin tinggi. Walaupun jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 67% hari ini, tetapi jumlah jangkitan harian semakin terkawal kerana keberkesanan perlindungan vaksin serta tahap pematuhan yang baik di kalangan masyarakat ke atas semua SOP.

e. Seramai 172 orang daripada 176 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Empat (4) orang pesakit adalah dalam Kategori 3. Tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list