CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 08/04/2022

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-4-2022 05:26 PM





COVID: 385 kes baharu, empat kematian

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 385 kes baharu dengan empat kes kematian akibat jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, daripada jumlah baharu itu 383 kes adalah kes kategori satu dan dua manakala dua kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak meningkat kepada 301,883 kes.

Jawatankuasa berkata, Kuching kekal daerah merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 107 kes diikuti Miri (51), Bintulu (42), Sibu (41), Sarikei (24) dan Samarahan (14).

Manakala daerah lain, Simunjan (9), Serian, Bau, Dalat dan Sri Aman (8), Limbang (6), Lundu, Betong dan Pusa (5), Pakan, Matu dan Tanjung Manis (4), Mukah, Lubok Antu, Marudi, Kabong, Daro dan Belaga (3), Asajaya, Kapit, Saratok dan Meradong (2) sementara Tatau, Lawas, Selangau, Subis, Sebauh dan Julau merekodkan masing-masing (1).

Mengulas lanjut, JPBNS memaklumkan enam daerah tiada merekodkan kes harian baharu, hari ini iaitu Tebedu, Kanowit, Beluru, Telang Usan, Song dan Bukit Mabong.

Mengenai kes kematian di Sarawak, jawatankuasa berkata pada 5 April 2022  satu kes direkodkan iaitu melibatkan wanita berusia 71 tahun dari Sibu yang mempunyai penyakit kanser.

Sementara satu lagi kematian pada 6 April melibatkan wanita berusia 89 tahun di Kuching yang tidak mempunyai sejarah penyakit diketahui.

Bagi dua kes kematian pula, ia direkodkan pada 7 April melibatkan wanita berusia 24 tahun dari Samarahan yang mempunyai penyakit neuron dan memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian

Satu lagi kes kematian pada tarikh yang sama melibatkan lelaki berusia 52 tahun dari Sibu yang mempunyai penyakit darah tinggi dan pulmonari tuberkulosis.

Jawatankuasa memaklumkan pada hari ini satu lagi kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Batu Kaya di Lubok Antu dan dengan itu kluster aktif di Sarawak kini hanya empat kluster.

Mengenai notis kompaun dikeluarkan, polis Sarawak telah mengeluarkan lapan notis kompaun atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kesemuanya di bahagian Kuching.

Antara kesalahan berkenaan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera sebanyak tujuh kompaun manakala satu notis kompaun atas kesalahan gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah yang dikeluarkan pihak Kementeria Kesihatan (KKM).


utusanborneo.com.my/2022/04/08


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2022 01:21 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list