
RANAP: Keadaan kediaman mangsa di Kampung Sabang Kuala Penyu di sini yang roboh selepas dilanda cuaca buruk.
BEAUFORT: Malang menimpa sebuah keluarga apabila kediaman mereka roboh dilanda hujan dan ribut di Kampung Sabang Kuala Penyu di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu Awang Mohd Sabree berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.53 malam apabila keadaan cuaca buruk melanda hampir keseluruhan kawasan di negeri ini.
“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 20X20 kaki persegi.
“Mujurlan semasa kejadian penghuni tidak berada di dalam rumah dan tiada kecederaan dalam kejadian ini.
“Pasukan bomba yang digerakkan ke lokasi menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain termasuk ancaman punca kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.32 malam.
utusanborneo.com.my/2022/04/08 |