View: 405|Reply: 0
|
UEFA arah Atletico tutup sebahagian stadium
[Copy link]
|
|
UEFA arah Atletico tutup sebahagian stadium
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/tico_1649717536.jpg)
Sebahagian Wanda Metropolitano Stadium akan ditutup pada aksi Atletico menentang City pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara Khamis ini.
LAUSANNE: Atletico Madrid diarahkan menutup sebahagian stadium mereka dan memaparkan kain rentang anti perkauman pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara bertemu Manchester City, umum UEFA hari ini.
Ketua bola sepak Eropah berkata, penyokong Atletico Madrid menunjukkan 'tingkah laku diskriminasi' ketika pusingan pertama suku akhir di Manchester City.
Akhbar Sepanyol, Marca minggu lalu memaparkan video penyokong Atletico menunjukkan penghormatan ala Nazi ketika perlawanan itu.
UEFA memberitahu Atletico mereka mesti menutup sebahagian 5,000 tempat duduk dan meletakkan kain rentang '#NoToRacism' di bahagian berkenaan.
Juara Sepanyol itu tewas 1-0 dalam aksi itu pada 5 April dan akan menanti kehadiran City di Madrid pada pusingan kedua awal pagi Khamis ini. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -sebahagian-stadium
|
|
|
|
|
|
|
| |
|