CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 1

[Terengganu] 3,000 kg ayam pada harga RM7.90 sekilogram licin satu jam

[Copy link]
Post time 16-4-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim (kanan) memotong ayam pada program jualan ayam bersubsidi di Pasar Cabang Tiga, hari ini. - Foto NSTP/Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 3,000 kilogram (kg) ayam yang dijual di Pasar Cabang Tiga di sini, hari ini pada harga RM7.90 sekilogram, licin dalam tempoh satu jam.

Walaupun pengumuman harga jualan ayam segar itu hanya bermula jam 9.30 pagi, pengguna mula beratur di 15 gerai di pasar berkenaan kira-kira jam 8.45 pagi.

Subsidi harga ayam itu dibiayai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi membantu mengurangkan bebanan masyarakat.

Seramai 15 peniaga ayam dengan setiap seorang diagihkan 200 kg ayam segar untuk dijual pada harga RM7.90 sekilogram.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai mendapatkan ayam dengan harga subsidi, setiap pembelian dihadkan kepada dua ekor.

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, harga siling runcit ayam ditetapkan kerajaan adalah RM8.90 sekilogram.

"Bagi mengurangkan bebanan pengunjung, kita minta 15 peniaga di pasar itu menjualnya pada harga RM7.90 sekilogram.

"Program jualan ayam bersubsidi akan diteruskan di beberapa lagi pasar awam di sekitar daerah Kuala Terengganu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gram-licin-satu-jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 06:12 PM | Show all posts
ayamnya kecik......halus....sape yg slalu beli ayam taulah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.076116 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list