View: 362|Reply: 0
|
[Kelantan]
Projek pembangunan di Kelantan alami kelewatan
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Projek pembangunan di Kelantan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) mengalami kelewatan apabila hanya mencapai pelaksanaan 14 peratus dengan RM334 juta sudah dibelanjakan setakat Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peratus pembangunan itu masih rendah kerana projek yang dirancang mengalami sedikit kelewatan berbanding sasaran kerajaan sebanyak 25 peratus.
Katanya, kelewatan disebabkan beberapa isu termasuk kekurangan tenaga kerja, isu penyelarasan di peringkat agensi kerajaan dan masalah tapak projek yang rumit.
"Sejumlah 385 projek pembangunan yang membabitkan kos sebanyak RM19.87 bilion di bawah RMKe-12 diluluskan kepada Kelantan iaitu 83 projek baharu dan 302 projek sambungan dengan sebanyak RM2.39 bilion diperuntukkan pada 2022.
Disyorkan Untuk Anda
Program NRW Kelantan dijangka siap Januari 2023
'Siapkan projek PR1MA ikut perjanjian'
32 sekolah berisiko pindah lokasi baharu - KPM
Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai 10 peratus
"Bukan semua projek mengalami kelewatan, ada sesetengah sahaja iaitu bagi pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), tiga pakej membabitkan sembilan seksyen.
"Daripada sembilan seksyen itu, empat seksyen berada dalam peringkat pembinaan dan hanya tiga seksyen mengalami kelewatan iaitu pakej 2C dari Bukit Sejuk ke Gua Musang sepanjang 19.6 kilometer (km) yang berada pada kadar 2.13 peratus berbanding sasaran 2.8 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat status projek pembangunan RMKe-12 di Bilik Gerakan Mabna di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Noor.
Selain itu, Mustapa berkata, kelewatan itu juga bagi pakej 3B dan 3C kilometer 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang sepanjang tujuh km berada pada 25.85 peratus berbanding sasaran 27.83 peratus dan pakej 3B dari Bulatan Gua Musang ke Mentera sepanjang 10.5 km pada kadar 28.35 peratus berbanding sasaran 34.19 peratus.
"Bagi pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) dengan tujuh pakej dan anggaran kos RM2.7 bilion. Daripada jumlah itu, dua pakej sudah siap sepenuhnya, manakala lima pakej dalam pembinaan.
"Satu pakej mengalami kelewatan iaitu pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 km berada pada kadar 76.67 peratus berbanding sasaran 85.08 peratus," katanya.
Beliau berkata, kelewatan projek pembangunan itu bukan sahaja di Kelantan, malah turut berlaku di negeri lain.
Pada perkembangan lain, Mustapa berkata, bagi pembinaan penstabil tebing Sungai Pohon Celagi, di Pasir Mas, sudah mencapai kemajuan sebanyak 87 peratus setakat 3 April lalu dan dijangka siap Julai depan.
"Umumnya projek itu berjalan dengan baik, cuma ada beberapa isu termasuk permohonan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan masalah banjir khususnya di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gual Periok dan Meranti.
"Sebelum ini projek berkenaan diluluskan dengan peruntukan RM465 juta dan kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta menerusi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) bagi Sungai Golok," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika ditemui selepas taklimat status projek pembangunanRancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Bilik Gerakan Mabna di Komples Kota Darulnaim di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hidayatidayu Razali
https://www.bharian.com.my/berit ... tan-alami-kelewatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|