CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Terengganu] Akok serunding laris di bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 17-4-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode
JERTIH: Serunding sinonim dihidang bersama ketupat dan rendang ketika perayaan, namun seorang usahawan akok ini menjadikan akok serunding sebagai daya tarikan pelanggan untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Pengusaha Akok Jerteh, Mohd Affendy Aziz, 32 berkata, dia bersama ibu mentuanya, Ropuan Amit, 43, yang lebih mesra dengan panggilan Che Su, mengusahakan lapan jenis perisa akok sejak lima tahun lalu.

Katanya, lapan jenis perisa akok yang dihasilkan antaranya original, pandan, jagung, pisang, bahulu, coklat, durian dan terbaharu akok serunding.

"Jualan lapan perisa akok sepanjang tempoh 15 Ramadan ini, mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan hingga mencecah 5,000 biji sehari tidak termasuk tempahan awal.
Disyorkan Untuk Anda

    Guru dikhuatiri lemas ketika keluar memukat
    Dipercayai langgar lampu isyarat merah, wanita koma dirempuh lori
    Stok telur masih kurang di JB
    'Tahun depan 30 balang'

"Akok serunding ini walaupun masih baru, tetap mempunyai peminatnya sendiri dan setiap hari kira-kira 500 biji akok serunding dihasilkan," katanya ketika ditemui di gerai Akok Jerteh, Gong Kemuntong hari ini, di sini.

Mohd Affendy berkata, bekalan serunding daging itu dibeli dari pembuat serunding di Kelantan.

"Idea untuk memperkenalkan akok serunding ini datang secara kebetulan setelah mendapat tempahan daripada seorang pelanggan.

"Kami cuba buat walaupun tidak pernah makan sebelum ini dan apabila masak ternyata rasanya enak gabungan rasa lemak manis akok dengan rasa sambal serunding.

"Kami kemudian mencuba menjual akok serunding sebagai tambahan perisa akok di gerai ini," katanya.

Katanya, akok yang dihasilkan mereka turut mendapat perhatian bukan sahaja daripada kalangan penduduk setempat tetapi juga dari negeri lain.

"Saya kerap menggunakan medium sosial seperti Facebook serta TikTok untuk menunjukkan penghasilan akok lapan perisa secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai untuk mencuba.

"Selain akok kami juga turut mengambil tempahan kuih bahulu untuk pelbagai acara serta majlis mengikut permintaan pelanggan," katanya.


Mohd Affendy (kanan) menunjukkan akok serunding yang dihasilkan di gerainya di Akok Jerteh, Gong Kemuntong, Jertih.- NSTP/Nurul Fatihah Sulaini
https://www.bharian.com.my/berit ... is-di-bulan-ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048502 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list