View: 369|Reply: 0
|
[Kelantan]
Terus perketat kawalan sempadan hingga Aidilfitri
[Copy link]
|
|
KAWALAN sempadan negara yang ditingkatkan sejak awal Ramadan lalu akan diteruskan sehingga Hari Raya Aidilfitri. FOTO Arkib NSTP
Pasir Puteh: Kawalan sempadan negara yang ditingkatkan sejak awal Ramadan lalu akan diteruskan sehingga Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah kegiatan penyeludupan terutama melibatkan barangan bersubsidi seperti gula, minyak masak, dan ayam, menjelang sambutan hari perayaan itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata penugasan kawalan itu membabitkan pelbagai pasukan penguat kuasa termasuk Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) melibatkan 15 anggota membabitkan enam ekor kuda
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria, di sini malam tadi.
Sementara itu Shafien berkata cuti pegawai dan anggota polis dibekukan sepanjang tempoh sambutan musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
"Hanya 10 peratus daripada kekuatan penuh anggota dibenarkan untuk bercuti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-hingga-aidilfitri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|