CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 18/04/2022

[Copy link]
Post time 19-4-2022 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-4-2022 11:49 PM






COVID-19: Sarawak rekod 92 kes baharu, satu kematianKUCHING: Bilangan kes harian COVID-19 di Sarawak kembali kepada dua angka dengan 92 kes baharu direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini kini sebanyak 303, 982.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu 34 kes adalah kategori satu (tiada gejala) manakala selebihnya adalah kategori dua (gejala ringan).

JPBNS turut memaklumkan Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 24 kes diikuti Miri (22) dan Bintulu (13).

Sementara itu, daerah-daerah lain merekodkan kurang daripada sepuluh kes iaitu Sibu dengan lima (5) kes, Subis (4), Sarikei (3), Serian (3), Limbang (3), Samarahan (2), Sebauh (2), Lubok Antu (2), Bau (2).

Daerah Lundu, Mukah, Lawas, Dalat, Marudi, Saratok dan Pakan katanya, masing-masing mencatatkan satu kes.

JPBNS turut memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 16 April 2022, membabitkan seorang wanita dari Miri yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Tiada kluster baharu COVID-19 dikesan setakat hari ini dan ini menjadikan hanya satu kluster yang masih aktif di Sarawak.

Mengenai notis kompaun, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengeluarkan satu kompaun di Kapit membabitkan sebuah perbadanan atas lain-lain kesalahan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan JKNS adalah sebanyak 942.

Sementara itu polis Sarawak mengeluarkan 13 kompaun kesemuanya di daerah Kuching kesemuanya atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak kini 13, 869.


utusanborneo.com.my/2022/04/18

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2022 07:48 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054781 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list