CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Sarawak] Laluan keselamatan sempadan baharu diwujudkan di Sarawak

[Copy link]
Post time 19-4-2022 07:59 AM | Show all posts |Read mode


Mohamad Nizam melakukan simbolik penyerahan replika kunci kenderaan pikap kepada Hazani di Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA hari ini.

“Minggu depan kita adakan perbincangan perincian di KDN di mana Ketua Polis Negara juga telah memberi persetujuan untuk laluan keselamatan yang hendak kita bina nanti.”

Datuk Seri Hazani Ghazali

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam Bukit Aman
KUCHING: Satu perbincangan khusus akan diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan  Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan laluan keselamatan sempadan baharu di negeri ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, laluan itu akan merangkumi hampir 100 kilometer (km) dari Telok Melano sehingga ke kawasan perkampungan Biawak di Lundu.

“Minggu depan kita adakan perbincangan perincian di KDN di mana Ketua Polis Negara juga telah memberi persetujuan untuk laluan keselamatan yang hendak kita bina nanti.

“Dianggarkan hampir 100km untuk laluan berbukit sahaja dan kita akan sehingga sebelah timur iaitu dari Telok Melano sehingga melangkaui kawasan Biawak untuk peringkat awal ini.

“Tetapi untuk kawasan yang berbukit kita akan hentikan sementara untuk kita laksanakan kajian yang lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Logistik daripada Kerajaan Sarawak kepada Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu Kawah di sini, hari ini.

Hazani berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak untuk mendapat kebenaran dari segi tanah, lokaliti dan sebagainya untuk membuat laluan keselamatan di sempadan.

Menurutnya, cadangan untuk penubuhan pos kawalan sempadan di Kampung Mongkos, Serian juga akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan satu lagi Batalion PGA akan diwujudkan di Sri Aman khusus untuk kawasan sempadan darat bersama Batalion 10 di Sibu.

“Sekarang ini, Sarawak ada tiga batalion dan dengan adanya penambahan satu lagi, insya-Allah kita akan ada empat batalion PGA secara keseluruhannya.

“Saya harap dalam bulan Jun nanti hasrat kita akan tercapai,” katanya.

Menurutnya, pembinaan batalion itu dibuat susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan nanti.

“Secara tidak langsung, tempias sosioekonomi akan berlaku di Sarawak dan sebab itu, kita akan utamakan jenayah rentas sempadan khasnya melibatkan penyeludupan manusia,” ujarnya.

Mengenai majlis itu, Hazani merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberikan sumbangan aset bantuan logistik bernilai RM279,400.

Sumbangan logistik berupa dua kenderaan pikap jenis Isuzu D-Max itu katanya, adalah untuk kegunaan penugasan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak.

Terdahulu, Hazani menerima sumbangan logistik disampaikan Ketua Penolong Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Premier Sarawak Mohamad Nizam Wang mewakili Kerajaan Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/04/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.240527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list