CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 1

[Sarawak] 10 warga Indonesia kempunan pulang beraya

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:28 AM | Show all posts |Read mode


Warga Indonesia yang ditangkap dalam operasi tersebut.

LUNDU: Hasrat 10 warga Indonesia untuk pulang beraya ke negara asal mereka tidak kesampaian apabila ditangkap anggota tentera di sebuah ladang sawit di Biawak, hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, kesemua warga Indonesia terbabit berusia 23 hingga 41 tahun, terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita.

Menurutnya, mereka ditahan untuk pemeriksaan kira-kira 250 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia sekitar jam 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati 10 individu terbabit merupakan warganegara Indonesia yang dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

"Kesemua mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pasport yang telah tamat tempoh," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

"Turut dirampas ialah empat buah motosikal, wang tunai berjumlah RM1,500, 12 telefon bimbit serta barangan peribadi.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Lundu untuk siasatan dan tindakan lanjut.


utusanborneo.com.my/2022/04/21
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 09:21 AM | Show all posts
dorang nk keluaq dr mesia....... yg memandai p tangkap buatpe lh.....adoiiiiii.....yg masuk ke sini asyik2 terlepas .......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040738 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list